Discover Me

Monday 19 August 2019


BERSAMA MEREKA

15.08.2019, hari Khamis aku dan juga rakanku telah menghabiskan masa hampir sehari bersama-sama. Rancangan untuk meluangkan masa bersama-sama telah diputuskan beberapa minggu awal daripada tarikh yang sebenarnya.

           Walaupun masa yang kami luangkan dianggap lama bagi sesetengah orang, namun bagi kami masa tersebut tidak mencukupi. 'Might spend a whole year with you but it'll never be enough'

     Jom kita plan for next holiday keihhh?



14.08.2019

Setelah melalui hari-hari yang sibuk rentetan dari sambutan Aidil Adha juga Hari Keluarga, aku mengikuti ayahku ke meronda kampungku di samping betegur sapa dengan jiran-jiran.

         Aku juga dibawa ke kawasan sawah padi yang diusahakan olehnya dan kawasan sawah padi adalah kawasan yang paling menenangkan bagiku dengan kehijauan dan juga airnya yang jernih.
FAMILY DAY

13.08.2019, setelah dua hari menyambut Aidil Adha,
kami sekeluarga telah berpakat untuk menyambut 'Family Day'. Motif utama sambutan ini adalah untuk berrkumpul dan meluangkan masa bersama ahli keluarga,

          Persediaan untuk makan malam bersama bermula dari pagi iaitu untuk membeli juga menyediakan bahan masakan.
Golongan perantauan pula bertanggungjawab untuk mencari buah-buahan di dusun
          Makan malam keluarga pada malam tersebut ala-ala barbeku seperti kambing bakar, sate dan juga ayam bakar.

          Bagi makanan berat pula kaum wanita telah menyediakan bihun goreng dengan lada hitam dan juga nasi goreng. 

         Keputusan untuk menyambut Hari Keluarga adalah keputusan yang amat bijak juga amat bermakna terutama bagi golongan yang tinggal di perantauan.





AIDIL ADHA 

11.08.2019,setelah hampir dua bulan berada di IPG, kepulanganku disambut ramai. Saudara-mara yang berada jauh di perantauan kini berada di depan mata. Bukanlah selalu kami mendapat peluang untuk berkumpul beramai-ramai. Kebanyakan daripada ahli keluarga besarku hanya mampu untuk berada di kampung halaman sekiranya terdapat perayaan ataupun cuti umum.

        Aidil adha atau sambutan Hari Raya Haji pada tahun ini disambut dengan meriah bersama sebilangan besar ahli keluargaku. Walaupun bagiku masa cuti yang diberikan tidak mencukupi namun aku tetap bersyukur dan gembira kerana dapat bersama dengan keluargaku. 
         

Monday 5 August 2019

PELAJAR


          Pengorbanan yang sering atau yang wajib dilakukan oleh pelajar ialah masa juga tenaga. Namun tidak bermakna kita perlu memaksa diri. Bergembiralah dan nikmatilah masa sebagai pelajar selagi mampu. Percaya atau tidak, kesusahan yang kita hadapi sebagai pelajar tidak sesukar kehidupan dewasa. Teruslah melangkah dengan senyuman dan nikmatilah waktu remajamu.

AYAH

         Ayah, lelaki pertama yang mencintai kamu.
Lelaki yang berkorban tenaga,masa juga wang ringgit demi membesarkan kamu. Mungkin perhatian yang diberikan oleh ayahmu tidak seperti ibumu. Namun jauh di lubuk hati golongan yang bergelar ayah ini, kasih sayang mereka melebihi segalanya sehingga mereka sanggup berkorban nyawa demi kebaikan kamu,anaknya.

       


         Berpisah tidak bermakna kamu hilang dari ingatannya,
percayalah bahawa namamu sentiasa tersemat di hati mereka.
Mungkin sebagai anaknya, kamu pernah berjauh hati dengan tindakan dan didikan mereka. Namun andai lukamu jelas terzahir, merekalah insan yang paling resah memikirkan keadaanmu.

         Sungguh, jasa seorang ayah tidak mungkin mampu untuk kau balas. Pengorbanan mereka tidak mampu dibandingkan dengan insan yang lain. Utuslah doa agar ayahmu dikasihi,diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T .