Discover Me

Saturday 21 September 2019

PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA



        Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan satu ujian untuk menguji tahap kecergasan dan kesihatan seseorang. Kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan atau lebih dikenali dengan kod GKK 1043 merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua siswa guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Merujuk buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, ujian segak perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun yang dinamakan  ujian pre dan ujian post.
         

Pada tarikh 11 Julai 2019, unit Tesl 1 telah berjaya melengkapkan ujian pre serta ujian bleep dengan pemerhatian serta bimbingan daripada para pensyarah. Manakala ujian post pula telah dijalankan pada 11 September 2019 dan ujian tersebut dikendalikan oleh para siswa dan juga siswi namun masih dibimbing oleh pensyarah.

         



Penulisan refleksi ini bertujuan untuk membanding-tara tahap kecerdasan dan juga kecergasan saya berdasarkan daripada keputusan ujian pre, post dan juga ujian bleep. Perbandingan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sama ada berlaku peningkatan atau sebaliknya dalam tahap kecergasan dan kesihatan saya. Secara dasarnya ujian ini dilakukakan untuk menguji lima aspek kecergasan iaitu kelenturan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, BMI serta kekuatan otot. Ujian bleep pula dijalankan untuk menguji daya tahan kardiovaskular ini kerana mereka yang menjalani ujian ini harus berlari secara ulang-alik dan juga dengan kelajuan yang berbeza menurut tahap-tahapnya yang tertentu.
      


          Pada ujian pre, berat badan saya adalah 39.9 kg manakala tinggi saya ialah 153.5cm yang menjadikan catatan BMI atau ‘Body Mass Index’ saya adalah sebanyak 17.0. Manakala catatan BMI saya pada ujian post pula adalah sebanyak  17.2 dengan ketinggian yang sama dan berat badan 40.6 kg yang menunjukkan berlakunya pertambahan berat badan sebanyak 0.7 kg. Saya berpendapat perkara ini berlaku kerana saya telah menambahkan saiz hidangan saya dan tidak meninggalkan sarapan.

Catatan kadar denyutan nadi saya selepas ujian naik turun bangku pula berkurang iaitu dari 143 pada ujian pre dan 120 pada ujian post. Seterusnya saya berjaya meningkatkan dan mengatasi rekod peribadi saya dalam ujian tekan tubi kerana keputusan sewaktu ujian pre adalah sebanyak 37 dan pada ujian post adalah sebanyak 39 kali. Dalam ringkuk tubi separa yang menguji daya tahan dan kekuatan otot. Keputusan yang berjaya dicatatkan oleh saya dalam ujian pre adalah sebanyak 15 dan 16 dalam ujian post. Keputusan ujian jangkauan melunjur saya juga meningkat dari 36.5 pada ujian pre dan 38 pada ujian post. Ujian ini dianggap senang bagi sesetengah individu namun bagi saya ujian ini telah berjaya menilai tahap kelenturan saya.

Pencapaian yang amat membanggakan saya adalah peningkatan dalam ujian bleep.
Pada ujian pre saya hanya mampu berlari sehingga tahap 2 pusingan lapan dan yang membanggakan saya ialah saya berjaya berlari sehingga tahap 4 pusingan 5 pada ujian post. Saya yakin bahawa keputusan yang sebegini berjaya dicatat oleh saya hasil daripada aktiviti ‘jogging’ yang dilakukan hampir setiap minggu.

        Kesimpulannya saya berjaya mencatatkan peningkatan dalam ujian post. Saya percaya setiap ujian yang dijalani ini mampu menguji tahap kecergasan dan kesihatan saya serta mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pada pendapat saya ujian ini bertujuan untuk malahirkan golongan guru yang aktif dan sihat, seterusnya mampu menyumbangkan tenaga mereka dengan sebaiknya. 

No comments:

Post a Comment